Hi DSB Readers. Assalamualaikum semua. Saya seronok baca orang punya experience melancong and saya rasa nak share jugaklah. hehe. saya pergi ke Medan on April 4-7, 2019. so let me share with you guys my experience,okay?
4.4.19/KHAMIS- KLIA2-KNO(kualanamu international airport/bandara)
sampai2 dekat KNO, plan nak naik train dari KNO ke Kota Medan, IDR100K. Plan dah baik dah, cuma tak providekan masa utk isi form waktu dekat KNO. ramai gila orang, and as saya x bawa pen, kenalah tunggu t...urn utk isi form tu. Siap sempat tolong org sana yg kerja dekat Malaysia utk isi borang. Alhamdulillah. last train 2345hrs, sampai dekat airport pukul 2330hrs. so kalau jalan laju sikit boleh lg naik train. tapi tak sempat juga. sedih. but Dia gantikan dengan alternatif yang lebih baik dan lebih jauh sempurna. naik bas je guys from KNO ke Carefour, caj only IDR20K(RM6). dekat airport tu juga ada yg offer naik kereta dia tu, tapi tak perlu kot, nak kena tunggu org, then agak mahal. tak berbaloi, if i not mistaken IDR150K. sampai dekat Carefour, saya naik beca(speda motor) ke kedai tempat kawan saya tunggu. Then tidur rumah dia. so save byk as i stayed at his home. saya mmg jenis lebih prefer utk stay dekat dgn org lokal utk saya rasa sendiri kehidupan mereka. not bad, ajar saya erti syukur. no sink, no washer machine, no TV and no meja makan. but still boleh hidup.amazing!!! air mandi pun need to suck from bawah tanah by using pump. then letak dalam bekas yg ada filter ala2 sabut kelapa tu. NICE and MAHAL pengalaman ni. as before this pun pernah ke Pekanbaru, so tak jadi masalah sgtlah utk mandi air bawah tanah ni. no filter dia agak berbau sikit. so kalau yg x boleh nk mandi guna air mcm tu, better u stay at hotel lah.
5.4.19/JUMAAT-ISTANA MAIMUN, MASJID RAYA, WARUNG BAKSO UJANG, CAREFOUR & PRSU2019
As hari jumaat, mmg dh cakap dgn member nak sembahyang dekat Masjid negeri dia. nak experience sediri khutbah dorang mcm mana.so jalan2 area masjid lah. Istana Maimun one of the places yg saya pergi. caj masuk IDR10K only. then sewalah baju ala2 sultan, IDR20K or RM6 je. dia terima je duit Malaysia. tak pyh introduce, they already know u are Malaysian. maybe sbb saya ckp mcm biasa je kot. saya dh mmg plan kalau boleh nk ckp melayu Malaysia je dekat sana. and hampir berjaya jugalah. dekat sana sng nk ckp malay as they are also malay, Melayu Deli kalau x silap. then pergi Masjid Raya Medan. cantik and masih nampak gah.walaupun dh lama dibangunkan. subnahanllah. dekat sini pun ajar saya erti syukur, dekat sana nak letak selipar pun nak kena byr, upah utk org yg jaga selipar kita. bayar seikhlas hati semurni jiwa. hehe. ramai pengemis dekat sana. jadi baik berpada pada. keep your belongings safe okay. parking motor pun bayar. setiap kali parking mana2 pun kena okay. pam tayar also. tapi bebepara sen(RM) je. Lepas Jumaatan, member bawa pergi Warung Bakso Ujang. he said warung tu famous and selalunya cepat habis so i went there. harga kurang lebih aja di sini(IDR15K/RM5). tapi dia punya umpphh. masha Allah. sedap nokram weh. tak tipu. saya order dua. bakso sama mi sup ayam. enak banget!!!
Then i went to Carefour utk nonton film di sana.SHAZAM! sama juga, utk experience panggung dekat sana. haha, nampak aneh, tp itulah hakikatnya. after that otw balik, singgah warung tepi jalan, makan sate padang. dap ehhh. after makan, ingat nak terus balik, tp maybe sbb langkah kanan saya ke Medan, saya berpeluang utk ke PRSU2019. ekspo pasal budaya yg ada dekat wilayah Sumatera Utara. setahun sebulan je dia buat. and in April selalunya. dapatlah cuci mata tengok bentuk2 rumah ikut budaya and adat masing2 plus dapat rasa kerak telur(+-IDR10K).
6.4.19/SABTU-DANAU TOBA SIMALUNGUN.(kota medan-parapat-danau toba)
ini hari kena bangun awal.gerak dari rumah member naik grab utk ke stesen bas Parapat, IDR103K. Then naik bas dari Parapat ke Danau Toba, IDR40K/seorang satu hala, so pergi balik IDR80K. lama gila weh naik bas. pergi dapat bas yg aircond xde, duduk dalam tu berejam, mmg berlecak lah weh, kerusi tak selesa. tp fikir balik maybe sbb tu murah kot. so saya redha. at least dapat rasa macam drama melayu lama naik bas mcm tu.haha. sampai dekat danau toba, lunch there. not bad. then pergi tepi danau/ tasik tu.tengok budak2 batak dekat sana berenang sambil minta duit (koin/wang kertas) dekat org yg tengok depa semua. kesian ada, seronok pun ada. sambil2 tu member cerita lah cerita lagenda/mitos pasal danau toba ni and also pulau samosir tu. good information. tapi semua tu cerita rekaan je kot. layankan aja.member try lah jugak ckp melayu malaysia. habis semua dia bunyikan a jadi e. MARAH jadi MAREH. lepas tu dia yang gelak sendiri. haha. after that, dh lebih kurang 3 jam dekat sana, selfie2, makan kacang, ngobrol. tanya ibu yg jual kacang tu ada bas ke ptg ni nk balik parapat. dia kata ada. elok2 dia ckp ada nmpak byg bas tu, apa lagi kejar lah. lambai tgn. nasiblah co-driver bis/bas tu nampak. tapi kali ni dapat bas yg ada A/C. harga sama, bas yg lebih kurg sama, kenapa perlu bayar lebih? eh tu trivago. so dlm perjalan balik tu mmg ngoroklah weh. and jgn pelik pulak kalau setiap kali berhenti, ada penjaja akan naik ke dalam bas utk berjaja. kalau nak beli, belilah. tak nak, jgn pandang hina. dia pun nk cari rezeki. hehe. then sampai parapat malam. yelah, 5-6 jam perjalanan. penat tapi berbaloi. then naik grab pergi Dataran Merdeka kalau x silap. makan McD. kt Mlaysia pun ada. tp tulah, malas nak fikir,makan je apa yg ada. tgh beratur ada org cina tempatan said" bang, lagi entri ya?" saya tunjuk je lah kwn saya. sbb saya ckp pun dia mcm tak faham. or maybe me myself yg tak faham. entri means beratur .kenyang and dh bergambo bagai, balik rumah then terus tidur.
7.4.19/AHAD-PASAR NEAR TO CAREFOUR, KNO-KLIA2
as my flight ptg and need to be there ealier, so pagi2 tu pergi ke pasar dekat2 dgn carefour. dapatlah beli baju batik , tudung bawal and asam jeruk semua. alhamdulillah dia terima duit RM. pagi2 takde money changer buka. cakap indo sikit and tawar-menawarlah sampai dpt reasonble prices. hehe. Sadly saya tak sempat lunch weh, naik bas dr carefour ke KNO yg IDR20K tu. 30-45 minit sampailah airport tu. sampai airport lepak dekat rest area provided there. nice. tgok kartun cakap bhs indo sambil layankan perut lapar. bagus bangettt.
jadi itu sajalah perkongsian saya semasa di Medan, Indonesia. I planned utk pergi ke sana lg tp fokus on Danau Toba and pulau Samosir je. hopefully tercapailah. terima kasih yang sudi membaca : )
btw kalau nak tengok vlog2 saya boleh pergi ke channel YouTube saya, Daeng Mohamad Shafiq and ig saya daengabdullah98
DAY 1
DAY 2